Wednesday, 1 February 2017

Permohonan Pertukaran Guru Melaui eGtukar.

Berita gembira buat semua warga guru yang ingin memohon pertukaran. Aplikasi eGtukar telah dibuka untuk proses pertukaran mulai 1 Februari 2017. bagi guru-guru yang berhajat boleh membuat tindakan segera. Sila klik disini atau klik pada ikon eGtukar di sebelah.

Monday, 11 July 2016

Akta Pendidikan 1996

Dunia pendidikan semakin mencabar. Kepimpinan sekolah juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal mendatang. Pegetahuan AM tentang pentadbiran dan kepimpinan sudah menjadi satu kemestian supaya dapat melaksanakan tugas dengan cekap, berintegriti dan berkesan. Melalui postiong kali ini admin ingin berkongsi Akta Pendidikan 1996 dalam bentuk pdf untuk memudahkan rujukan kita semua. Sila klik di sini untuk muat turun.

Wednesday, 25 May 2016

e-Prestasi / PBPPP

Perhatian kepada semua pegawai yang dinilai dan pegawai penilai, tarikh mengisi penilaian kali pertama akan bermula pada 1 Jun hingga 30 Jun 2016. Sila pastikan proses ini berjalan lancar.

PEMATUHAN KOHOT UMUR UNTUK PENDAFTARAN TAHUN 1

Masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pentadbir tentang kohot umur untuk kemasukan pelajar Tahun 1. Di sini admin sertakan kalausa berkenaan pematuhan kohot umur untuk pendaftaran tahun 1 sebagai panduan bersama.
'Mulai dari tahun 1998, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajan dan Sekolah Swasta dilarang menerima murid baru di bawah umur', sama ada didaftar atau menumpang, tanpa didaftarkan. Murid yang diterima belajar di sekolah rendah hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira dari 1 Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1 pada tahun 1998 hendaklah dilahirkan di antara 2.1.1991 hingga 1,1,1992, Ini bermakna bahawa murid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang herkenaan tidak. perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan,'
guru-guru atau pentadbir boleh muat turun surat berkenaan dengan  klik di sini.

CUTI PERISTIWA

Cuti Peristiwa : Penerangan dan definisi
Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah)  98, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa "cuti peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:

(1) Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
(2) Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.

Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa. Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Bagi sekolah-sekolah dalah Daerah Baling Sik boleh klik di sini untuk muat turun borang permohonan Cuti Peristiwa.


PROSEDUR PENGURUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN PELAJAR

Pada akhir tahun ramai ibu bapa yang berurusan denagn PPD atau JPN sama ada urusan pertukaran atau penempatan persekolah anak-anak.  Semua urusan ini melibatkan pelbagai dokumen. Untuk membantu para ibu bapa yang akan berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, di sini admin senaraikan secara ringkas keperluan dokumen-dokumen yang diperlukan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN LAWATAN PELAJAR

GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG
DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957
(THE SCHOOLS (TOURS) REGULATIONS 1957

Pendahuluan

Takrif ‘melancong’ adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan 2(1) dan 2(2) ‘The Schools (Tours) Regulations 1957’. Sila rujuk salinannya yang tertera pada muka surat 110.

1. Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Sschools (Tours) Regulation 1957” Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966. Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain) Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperolehi.

2. Pekeliling-pekeliling yang masih berkuat kuasa perlu dipatuhi sepenuhnya. Surat Pekeliling Ikhtisan bil.12/2000, Surat Pekeliling Ikhtisan bil.5/2002, dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2007.

3. Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh yang dilampirkan.Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah.

4. Bagi Lawatan Dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan.
Bagi Lawatan Ke luar Negeri, tiap-tiap permohonan hendaklah dalam 6 salinan dan tambahan 1 salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.

Contoh:
Ke Bandar Melaka di Negeri Melaka (1 salinan)
Port Dickson di Negeri sembilan (1 salinan)
Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan (1 salinan)
Jumlah borang ( 6 + 3 = 9 salinan )

Pastikan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan lengkap.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditandatangani sendiri oleh Guru Besar /Pengetua. (Sebab-sebab hendaklah diberi jika penandatangan bukan Guru besar / Pengetua)
Borang permohonan perlu dihantar ke PPD Baling Sik dalam tempoh 4 minggu sebelum tarikh lawatan.

Dokumen-dokumen berkaitan Lawatan pelajar boleh dimuat turun dengan cara klik pada pautan ini.